Sunday, 5 June 2016

Noktah

Hidup ini tiada noktah. Hanya ada wakaf, tempat untuk kita berhenti seketika dan teruskan perjalanan kita. Untuk berjalan, kita perlukan bekalan. Apakah bekalannya? Kekuatan, ketabahan dan kesabaran. Ya, tiga perkara itu penting untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Tetapi apa yang aku alami kali ini sememangnya noktah. Bukan koma. Bukan tanda seru. Hahahaha kelakaunya. Setelah beberapa lama bersama, kami terpaksa berpisah. Berpisah kerana hal yang memaksa kami untuk berpisah. Aduh. Kali ini memang sukar banget. Rindu itu jangan kau cakap. Memang sukar untuk diungkap. Acah acah macam hilang boyfriend aherher. Poyo sangat. Takpe poyo kit je tak nyak pun. Kikikiki.

Selamat malam guys. Adios amigos!

Sukar

Hari ini ialah hari yang sukar buat aku. Bukan kerana aku kehilangan orang yang tersayang, tetapi insan yang sangat aku sayangi telah ditahan di wad Hospital Pantai Batu Pahat kerana menghidapi kanser rahim tahap 4.

Tika aku suapkan makanan ke mulutnya, dia kerap kali meminta maaf kerana merasa bersalah. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Lidahku kelu. Aku terus menyuapkan makanan ke mulutnya sehingga disuruh berhenti. Mulutnya tidak berhenti berzikir.

Aku tahu dia seorang insan yang kuat. Baru kehilangan suami beberapa bulan yang lalu. Tidak punya anak. Hidup seorang diri di rumah. Kadangkala aku terfikir, hidup ini tidak adil. Ya, tidak adil. Kerana orang seperti dia diuji dengan ujian yang begitu hebat. Allahu. Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa, tetapi hanyalah tanggapan daripada seorang hamba yang hina.

Sunday, 29 May 2016

Sesal

Bila diberi tajuk 'Sesal' untuk tema blog pada minggu ini, satu je aku terfikir. Parut kat atas bibir aku ni. Hahaha. Parut yang memberi 1001 kenangan.

Masa aku darjah 3, aku sekolah agama sesi petang. Disebabkan sekolah agama aku jauh dari rumah, aku selalu datang lambat ke sekolah. Yelah, balik sekolah rendah pukul 1, sekolah agama start 2+, memang susah nak datang on time. Ada je sekolah agama yang dekat dengan rumah tapi aku lebih selesa sekolah kat situ. Kalau dari rumah nak pergi sekolah agama tu kira-kira 20 minit. Kalau jalan jammed, hampir satu jam nak sampai.

Nak dijadikan cerita, sesampainya aku kat sekolah, aku terus berlari pergi ke dataran perhimpunan. Takut kena tahan pengawas. Semua orang dah beratur. Biasanya muka-muka yang selalu datang lambat ni muka aku. Muka-muka yang datang sekolah agama pakai tudung sekolah rendah dengan lencana tak bertukar sebab tak sempat nak tukar tudung.

Waktu aku berlari pergi dataran tu entah macam mana aku boleh terjatuh mencium jalan tar. Bila bangun habis berdarah mulut. Sakit ya tuhan. Pada hari yang sama tu ada perjumpaan ketua kelas dan penolong. Aku penolong kelas untuk darjah 3 Bilik 21. Jadi disebabkan kejadian tu, aku tak dapat attend perjumpaan tu. Yang bestnya dah berdarah macam tu aku tak minta balik rumah sebab takut kena marah dengan ibu hahaha! Siapa suruh berlari kan huhu. So, sampai sekarang parut ni kekal. At least ada juga kenangan aku bersama sekolah agama tu hahaha. Adios amigos!

Hi

Assalamualaikum. Hi.

Alhamdulillah semakin hampir dengan study week. Ini bermakna semester 2 bakal melabuhkan tirai dan semester 3 akan mengalu-alukan kedatangan kami. Tak lupa juga final exam yang akan berlangsung selama tiga minggu. Phew. Tak dapat nak dinafikan semester kali ni jadual sangat pack berbanding semester lepas. Mungkin sebab semester lepas jumlah subjek sikit berbanding semester kali ni. Betullah orang cakap, semakin dekat dengan final, semakin banyak tugasan yang perlu dihantar. Ramadhan pun bakal tiba. Lepas Ramadhan, Syawal pula bakal menjelma. Baju raya tak tempah lagi. Haritu pergi Langkawi dah beli kain baju raya tapi still kain tu dalam plastik. Memasing busy. Takpelah yang penting puasa penuh kikiki. Adios amigos!

Friday, 20 May 2016

Peluang

Peluang ni datang bila-bila masa, dalam keadaan kau sedar atau tak. Tapi once kau hilang peluang pertama, sangat sukar untuk kau meraih peluang kedua. Nak tahu sebab apa? Sebab pada aku tak semua orang layak untuk mendapatkan peluang kedua. Ada orang akan persia-siakan peluang itu, tapi ada juga yang memanfaatkan peluang tersebut.

Tapi dengan Allah, tidak. Kau akan sentiasa diberi peluang. Sekali kau buat salah, kau boleh bertaubat. Selepas itu jika kau melakukan kesalahan lagi, kau boleh bertaubat lagi. Sehinggalah pada suatu ketika, akan ada satu masa taubat kau tidak diterima. Tidak diterima selamanya,

Bilakah waktu itu? Waktu itu ialah pada ketika matahari terbit sebelah barat. Pintu taubat akan tertutup sebaik sahaja matahari terbit daripada arah yang bertentangan. Pada waktu itu, tiada lagi manfaat bagi setiap titisan air mata taubatmu. Semua itu sia-sia kerana kamu sudah terlambat. Jadi, marilah kita semua memanfaatkan peluang yang ada, untuk beribadat kepada Allah, melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya.

Dinner

Salam Jumaat.

Harini rasa terpanggil untuk bercerita tentang dinner Kolej Ibu Zain yang berlangsung pada 14 Mei 2016 bersamaan hari Sabtu lepas yang bertemakan Retro: P Ramlee. So, basically semua orang pasti akan terfikir, kalau tema retro mesti wanita-wanita memakai baju kebaya. Betul tak? Maka, nak dijadikan cerita, aku pun tergolong dalam kumpulan itu, yang memakai baju kebaya.

The event was so nice! It went smoothly. Dari awal sampai akhir memang mengekalkan tema retronya. Makanan pun super sedap! Suka sangat papadom malam tu sebab boleh buat snek sambil tengok persembahan hehe. Alhamdulillah transportation disediakan. Tak perlulah kami pergi balik jalan kaki. Dah pakai cantik cantik ni hahaha. Good job #MATK20 team! Tanpa anda semua, tiadalah majlis keraian seperti ini.

By the way, kita nak share gambar sikit. Terima kasih kepada photographer yang tak berbayar hihi.

Bersama roommate yang rumit

Bersama kekasih-kekasih hati

Friday, 13 May 2016

Judgmental

I was wrong. Totally wrong. I thought he is a bad guy because he was truanting regularly, but he is so kind. Oh god I am being such a judgmental person, judging others before knowing them. Most of us think that being judgmental is oh-kay, it is just a trivial thing, but for me it is not! I have to change myself. I cannot judge others based on their actions before knowing them. Maybe before this I have faced the same thing, I knew someone who liked playing truant, that is why I kept thinking that he is bad. Hahaha! Alhamdulillah, he is currently working at Johor Port. I am proud to be his friend. Congratulations and all the best to you and your future wife! Hehe.

Putus

Putus cinta.

Sungguh sukar untuk dihadapi, dilalui, diredahi. Kerana hati yang tersakiti sangat sukar untuk diubati.

Aku tersedar dari tidurku. Mimpi apakah itu? Astaghfirullah. Telefon bimbit di atas meja lampu ku renung lama. Perlahan-lahan aku ambil dan cek. Ada satu mesej masuk. Ya Allah, kenapa aku tak sedar bunyi mesej masuk! Aku kutuk diriku atas kecuaian sendiri. Mesej dibuka. Satu persatu ayat ku baca. Aku ulang. Aku ulang lagi. Dan aku ulang untuk memahami setiap bait kata yang tertulis.

Air mataku menitis tanpa sedar. Adakah aku akan hilang seseorang? Seseorang yang aku cinta, yang aku kasih, yang aku sayang. Sudah setahun kita bersama. Kenapa kau buat begini? Kenapa kau tinggalkan aku seorang diri? Kenapa kau pilih masa ini? Apa salahku? Semua persoalan aku hamburkan dalam mindaku.

Aku tersedar dari lamunanku. Ya Allah. Sesuatu yang pahit terlintas di fikiranku. Kenangan lama. Sudah hampir tiga tahun ia berlalu. Aku takut. Takut untuk mencuba. Takut untuk menerima. Takut untuk bercinta. Kerana itulah aku begini. Tidak mahu didekati. Adakah ini masanya? Patutkah aku terima dia?

'Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian yang kau berikan.'

Itu sahaja yang aku mampu lakukan buat masa ini.

Wednesday, 4 May 2016

Eco World

Assalamualaikum and hi!

Sempena cuti hari buruh hari tu, aku and kawan kawan pergi ke Eco World yang terletak di Pasir Gudang. Serious cantik sangat sangat tempat ni!

Sorry, gambar terbalik hehe.
Macam biasa kalau tempat macam ni mestilah kami banyak ambil gambar. Tempat ni sangat sangat mendamaikan. Rasa macam nak baring tidur kat situ je.

Ada ladang bunga yang cantik. Tapi taktau apa nama bunga ni hahaha. Tak silap bunga tulip and bunga chrysanthemum.


There's one place yang ada payung payung macam kat fssk. Cantik juga! Cantik sebab boleh amek gambar view actually hahaha!


And there's one side yang sangat cantik! Tempat tu macam kat cerita Mohabbatein. Scene Shah Rukh Khan main instrumen tu. Kebetulan waktu tu ada pengantian tengah buat outdoor photoshoot. Cantik sangat sangat!


Cantik sangat kan tempat ni? Ada buaian kat situ. So boleh acah acah duk buai pastu ada orang amek gambar hahaha. Oh ya tempat ni buka sampai 8 Mei je so sape nak pergi kena cepat-cepat datang JB!

Okay, yang ni last dari kami yang sangat excited nak pergi ke Eco World hehehe.


Adios amigos!

Carut

Assalamualaikum and hi!

Ada orang suka melepaskan kemarahannya dengan mencarut. Dah nama pun mencarut, mestilah keluar sebutir sebutir perkataan yang tak manis. Pahit ja semua. Kalau perkataan tu boleh dikategorikan dengan makanan, dia boleh boleh duk semeja dengan ubat. Pahit kan ubat tu. Huhuhu.

Nak dijadikan cerita hari Isnin haritu aku beli tiket bas untuk pulang ke KL kat Larkin Sentral. Masa tengah queue up tu terdengar pula sorang makcik jaga kaunter ni mencarut kat sorang bangla ni. Bangla tu nak beli tiket bas je pun. Bangla tu cuma tanya je kot. Bangla tu cuma salah kaunter je kot. Awatlah makcik nak poeh  mencarut tu haa kat dopan muko dio. Kesian betei.

Kadang-kadang tak faham kenapa segelintir orang Malaysia suka sangat layan warga asing dengan layanan yang hina. Mereka pun ada hati dan perasaan. Mereka punya anak isteri di rumah. Mereka punya tanggungjawab yang perlu dipikul. Mereka bukan sesuka hati datang ke Malaysia nak melancong. Mereka datang sebab nak kerja! Jangan dok carut depan muka diorang. Kesian. Faham tak sayang? Kesian. Ya, kesian.

Wednesday, 27 April 2016

"Orang kata..."

Orang kata jadi baby ni best sebab ada orang jaga.

Orang kata jadi budak ni best sebab tak fikir apa-apa masalah.

Orang kata jadi budak tadika ni best sebab boleh jumpa ramai kawan.

Orang kata jadi budak sekolah rendah ni best sebab boleh beli beg roda.

Orang kata jadi budak sekolah menengah ni best sebab boleh  jumpa cikgu handsome.

Orang kata jadi budak universiti ni best sebab boleh menikmati kebebasan yang terhidang.

Orang kata kahwin ni best sebab boleh tengok pasangan kita hari-hari.

Orang kata jadi orang tua ni best sebab boleh duduk rumah tak perlu fikir kerja.

Kesimpulannya, kau mesti takkan pernah puas dengan  apa yang kau mahukan. Benda ni takkan pernah habis. Sampai kau mati. Percayalah.

Ikan

Ikan kekek mak iloi-iloi,
Ikan gelama mak ilai-ilai.

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
(Maksud tersirat pisang emas dibawa belayar ialah ada ikan di dalam lautan semasa membawa pisang emas itu berlayar.)

Ikan. Siapa yang tak kenal ikan? Siapa yang tak makan ikan? Siapa yang tak pasti dia makan ikan ke tak? (Okay.....).

Masa semester satu aku suka makan ikan bawal masak merah kat kafe Azura. Serious sedap sangat guys! Ikan bawal masak merah tu macam addictive sangat! Semester dua ni aku suka makan ikan keli goreng atau masak cili. Pun sama sedap juga!

Tak actually aku dalam proses mempromosikan kafe Azura. Sebab aku rasa kafe Azura masak memang sedap sangat. Pilihan ikan pun banyak. Okay tak. Pusanika lagi banyak.

Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Thursday, 21 April 2016

"Kau letakkan..."

Kau letakkan harapan terlalu tinggi tapi hakikatnya kau tahu yang kau tak sepatutnya buat begitu.

Kau letakkan kekasih kau lebih tinggi daripada ibu bapa kau tetapi hakikatnya ibu bapa kau yang banyak membantu kau dari kecil.

Kau letakkan perkara remeh di atas untuk menutup segala kesalahan kau tetapi hakikatnya dosa yang kau dapat.

Kau letakkan perkara lagha paling utama tetapi hakikatnya yang sepatutnya utama itu tidak dilaksanakan.

Kau letakkan aku paling tinggi di hati kau tetapi kau tidak sedar yang Allah itu lebih berkuasa daripada segalanya.

Kalau kau letakkan kepala atas bantal ketika study? Kau akan tidur dan tak study dan tidurlah dengan kebodohan tu.

Ujian

Assalamualaikum and hi!

How was your day guys? Aku biasa je. Mengantuk. Tidur merata-rata. Dalam bas buzen pun boleh tidur lagi sementara nak sampai kolej.

Hidup kita ni tak lepas daripada ujian. Buat baik ada ujian, buat jahat pun ada ujian. Kehidupan kita akan jadi tak seronok kalau ujian ni takde. Sebab ujian inilah yang menentukan siapa kita sekarang, siapa kita hari ini, siapa kita pada hari esok.

Tadi ada kelas kat atma, kelas wanita dalam perspektif islam. Dr tu kata bila kita besarkan ujian, kita akan rasa susah. Tapi bila mana kita besarkan Allah, semuanya akan nampak mudah. Inshaallah.

Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Saturday, 16 April 2016

Babies

Celebration of Sal's birthday :)

Assalamualaikum and hi!

We introduce you my best-est friends ever on the earth *drums beat* Wan Nazira Edora binti Wan KamarulBahrin (on the left side) and Siti Hajar binti Mohd Salleh (at the middle).

Edora tu kita panggil Dora, baby or fishball and Hajar tu kita panggil Sal. Hahahaha you guys must be so curious kan why we called Hajar tu Sal? Actually kami panggil dia Sal sebab nama ayah dia Salleh. Hahahaha bukan kurang ajar tapi anggaplah tu nama manja daripada kami kikiki. Oh ya, my babies pula panggil aku Jaa. Nama Jaa tu melekat sampai ke universiti. Ada juga yang panggil Johh.

Actually rasa sedih sangat sebab tak dapat jumpa my babies masa cuti mid sem. Aku sempat jumpa Dora sekejap je and Sal memang tak dapat jumpa sebab dia still belajar di KMPh. Tu pun bersyukur dapat jumpa Dora walaupun dia tengah final, busy study. Oh ya, Dora belajar kat PIS (Politeknik Ibrahim Sultan, JB). Untung, dekat dengan rumah.

Hari Isnin haritu Dora datang rumah sebab she thought that I was there tapi aku dah balik. My mom told her that I was on my way to TBS and she didn't believe. It was my fault because I forgot to tell her that I will go back to UKM on Monday. Sedih pula dengar bila ibu cerita camni huhu. Its okay, baby. Bulan 7 nanti I balik & we can celebrate raya together. Inshaallah.

All the best to Sal yang bakal menghadapi final next week! Boleh masuk UKM sesame hehe.

Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Cuti

Assalamualaikum and hi!

Harini hari Jumaat. Dah nak habis mid sem break. Hari Isnin dah bermula kelas seperti biasa. Cuti aku kali ini tak serupa cuti. Balik rumah Khamis petang lepas and pulang ke UKM semula hari Isnin pagi. Macam cuti hujung minggu je huhu.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku balik awal kan? Actually aku ada perkampungan untuk program UKM Career and Entrepreneurship Expo 2016. Program ini akan berlangsung pada 19 & 20 April. Aku memegang jawatan sebagai AJK Bahagian Program.

Nak tahu tak apa tugas kami dalam bahagian program? Kami perlu buat tentatif program, aturcara pentadbiran, uruskan tiga slot career talk, gimik untuk majlis perasmian, photobooth and lucky draw.

Cakap pasal lucky draw, grand prizenya ialah iPhone 6! So siapa yang nak iPhone 6 tu mai datang program kami! Mana tahu ada rezeki menang iPhone 6 hehe. First prize pula Asus Zenfone 2, second prize ialah Canon Printer All-in-One dan third prize pula ialah Instax! Oh ya, ada 10 food truck yang akan datang kat sana!

So apa tunggu lagi? Jom datang beramai-ramai ke UKM Career and Entrepreneurship Expo 2016 di DECTAR UKM pada 19 & 20 April 2016 sebagai tanda menghargai jasa kami yang bertungkus-lumus menyiapkan kerja & mengorbankan waktu rehat semasa cuti mid sem ni huhu.

Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Monday, 11 April 2016

Air

Assalamualaikum and hi!

Berkenaan dengan air, hm... aku jangkakan masalah air ni akan berlarutan sehingga lepas cuti mid sem. Tetapi sangkaanku meleset. Air still ada.

Oh ya, btw aku saje tunggu hari isnin baru post pasal air sebab harini aku balik ukm. Maaf agak terlewat. Aku tahu ramai yang menanti kehadiran entry ku untuk kali ini. Tidak mengapa. Hafiza sudah kembali. Ihik.

Kebiasaannya kolej ibu zain still ada air kalau nak dibandingkan dengan kolej lain. Tapi jangan berlagak sangat. Nikmat yang Allah beri ni bila-bila masa sahaja boleh ditarik.

Okay cuba teka aku di mana? Aku kat ataih bas zon 6 menunggu masa untuk diturunkan di kolej pilihanku. Terpaksa berkorban cuti untuk masa depan. Takpe, ikhlaskan hati. Semoga diberkati.

Sampe ketemu lagi! Adios amigos! :)

Sunday, 10 April 2016

Jaw-dough

Assalamualaikum and hi!

Siang tadi berborak dengan ibu. Biasalah, banyak cerita nak share. Sampai satu part ibu tanya,

"Fiza bila nak ada boyfriend?"

Rasa terkedu. Terkelu. Terpaku. Rasanya banyak lagi kot soalan lain yang ibu boleh tanya. Tanyalah katil buzen sedap ke tak, lobi buzen besar ke tak hm. Lantas aku pun menjawab,

"Nantilah ibu..."

"Nanti? Atau fiza dah ada tapi tak share dengan ibu?"

"Ya Allah, sumpah fiza takde!"

"Hm ibu tahu kamu ni memilih sangat. Macam mana nak lekat."

Memilih. K memilih. Nak cari pasangan mestilah memilih. Kita nak cari baju yang pakai buang pun memilih apatah lagi nak cari orang yang nak hidup bersama kita sampai sorga. Mesti kena memilih!

Sebenarnya aku rasa macam bukan ini waktunya untuk aku fikirkan tentang perkara ini. Ada banyak benda lain aku kena fikir. Contohnya, air dah masak belum? Selimut kat bilik tadi dah lipat ke tak eh? Eh baju dah kering ke?

Kita tunggu masa itu tiba. Masa itu datang. Dan masa itu pergi.

Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Monday, 4 April 2016

Kebaikan

Sudah hampir 20 tahun aku hidup di atas bumi ini. Tapi selama 20 tahun ini, bukan setiap masa aku buat baik. Aku juga manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan, kesalahan, kekhilafan dan dosa.

Cuma apa yang aku harap, aku masih diberi peluang untuk berbuat baik kepada orang lain. Ya, buat baik. Sebab aku rasa tak puas dengan kebaikan yang aku lakukan selama ni. Mungkin pada orang apa yang aku buat itu baik tapi orang tu tak tahu yang aku tak ikhlas. Aku terpaksa buat kebaikan tu. Kesian bukan?

Tak kisahlah orang nak cakap aku ni dulu jahat ke sekarang jahat ke takpe tak kisah. Asalkan aku tahu niat sebenar aku. Hidup ni kalau tak diduga dengan halangan yang mencabar, dia macam zero, nothing. Macam kau berada di jalan yang lurus dan hanya tunggu masa untuk sampai ke penamatnya. Bosan bukan?

Moga aku jadi salah seorang yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain walaupun hanya sedikit. Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Buah Kuini

Assalamualaikum and hi!

Buah kuini. Kuini. Buah siapa? Buah kuini. Ish. Macam mencarut. Astaghfirullah *pegang tasbih*

Aku pernah makan buah kuini tapi sekali sekala sebab susah nak dapat buah ni. Kalau korang nak tahu, pokok buah kuini ni boleh berbunga masa musim kemarau je. Bila musim yang viasa viasa ni dia tak keluar. Dia ni memilih sikit. Korang tak percaya ke? Hahahaha aku syorkan korang jangan percaya aku kikiki.

Tapi serious okies apa yang aku cakap tu betul. By the way, aku bukan salah seorang kipas buah kuini sebab aku tak suka bau dia. Rasa buah tu pun aku tak suka. Orang sekeliling aku ramai yang cakap buah kuini baunya wangi dan enak tapi bagi aku tak. Bau dia kurang menyenangkan. Macam bau tak pakai rexona. Aku pakai rexona. Ke enchanteur ek hm.

Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Friday, 25 March 2016

Lemau

Assalamualaikum and hi!

Penat jalan rasa lemau tak bermaya. Cer teka saya di mana? Saya di langkawi bercuti bersama yang tersayang. Short vacay kononnyew aherher.

Lemau. Siyes lemau. Rasa nak baring tidur sampai esok pagi. Tapi apakan daya, bersama family. Inilah saatnya.

Bayangkan aku keluar kui 8 pagi balik kui 6. Macam orang pergi kerja dah. Berjalan sepanjang hari. Pergi Kompleks Haji Ismail Group tu dah empat kali. Kau bayangkan weh diorang shopping pinggan mangkuk periuk kuali berapa kali weh. Tak tak tak merungut cuma penat lemau masuk angin. Sumpah aku siap tidur kat kompleks tu tunggu diorang shopping. Asyik hadap pinggan mangkuk pun jemu juga gais.

Okay tak larat nak sambung cite sebab kekenyangan baru lepas makan. Lemaunya hari ini selepas mop jalan pulau langkawi.

Sampe ketemu lagi! Adios amigos!


Wednesday, 23 March 2016

Tee

Assalamualaikum and hi!

Akhirnya selesai urusan aku. Boleh leklek jap. Tetibe jari jemari mulusku rajin nak menaip.

Nak cerita pasal roommate aku yang bernama Izyantee. Aku panggil dia Tee. Tapi sekarang ni aku rasa nak panggi dia Izy. Easy.Take it easy maynnn lol k diam. Tetibe teringat kelas tadi sir suruh aku diam. Ok dah diam fiza. Eh jap aku cerita apa ni.Ok lupakan.

Tee ni kalau stress, dua tempat je kau boleh bawa iaitu; pantai atau shopping mall. Kau belum tengok lagi cara dia tenung pakaian kat butik. Ok jap aku nak korang bayangkan. Pakaian tu kat tengah-tengah then dia pusing tenung pakaian tu sambil belek atas bawah. Ya, memang agak scary. Aku pun risau jadi roommate dia ni. Tak tak aku tipu. Kahakahakahak!

Tee ni buat kerja part time. Dia part time jadi PA aku. Contohnya kalau aku tak sempat print nota, dia yang print kan. Atau pun ada orang nak berurusan dengan aku tapi aku busy, dia yang deal dengan orang tu. Nampak tak betapa penting dan busynya kehidupan aku? Jap, nak acah acah macam orang berkepentingan hahaha!

Sebenarnya saje nak cerita pasal roommate kali ni sebab tetibe ada mood nak cerita pasal Tee. Selalu pandang Tee pun takde mood. Ni bukan niat nak rampas Sir ke pe ke tak tak. Aku takkan kacau hubungan korang berdua.Tapi Tee, aku nak nasihatkan kau. Sir dah kahwin. Ingat k?

Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Balik kelas snow turun tudung basah

Thursday, 17 March 2016

Mulia

Assalamualaikum and hi!

Korang tengah buat apa? Sekarang ni aku kat hukm. Teman kawan ada appointment dengan doktor. Ni kali kedua aku pergi. Nak cerita pasal hukm? Sama je macam hospital biasa. Bau ubat.

Tadi makan kat kafeteria nampak dak dak degree fakulti perubatan memakai kot putih. Well, mestilah pakai kot putih dan jalan dengan penuh gaya. Beruntung bakal-bakal doktor ni. Sambil tu boleh cari jodoh kat sini.

Jap, bukan doktor takde life ke? Persepsi orang. Tak boleh nak buang. Mungkin kerana ada seorang doktor yang nampak macam takde life, doktor lain pun kena juga. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Aku rasa pekerjaan doktor ni sangat best! Jumpa ramai orang, dapat kenal macam-macam jenis orang.

Sama juga macam jadi pendidik. Aku rasa kerja ni lagi mulia. Kau jadi cikgu, pastu kau ajar budak, budak tu ajar budak lain, pastu budak lain tu ajar budak lain lain. Kau nampak tak flow pahala tu. Sorry kalau salah. Tak pro bab agama.

Actually nak cakap maceh kat sir. Takpe aa takyah cakap. Nanti sir kata, "aku dah kahwin dah". Kbye sir bye.

Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Wednesday, 16 March 2016

Pasrah

Assalamualaikum and hi!

Aku tengah tengok movie 'Ada Apa Dengan Cinta' konon nak sambung fefeeling untuk 'Ada Apa Dengan Cinta 2' yg keluar April nanti. Kot.

Pasrah. Aku pasrah tak dapat balik kampung weekend ni. Kalau dekat masih boleh pertimbangkan lagi. Lagipun baru balik rumah last week. Plus, parents tak bagi balik.

Actually weekend ni ada family day. Aku nak main tarik upih! Walaupun tak pro tapi nak main gak huhu. Parents suruh fokus study. Family day ni tahun lain ada. Tapi tu pun kalau aku ada... ajal... siapa tahu... kan? K. Pasrah habis.

Nggak apa sih. Jangan pasrah sangat. Boleh habiskan voucher buku kat sini. Lek k fiza. Have fun kat sini!

Okay nak fokus movie ni. Sampe ketemu lagi. Adios amigos!

Friday, 11 March 2016

Balik

Assalamualaikum and hi!

Ya, minggu ni adalah minggu yang hectic dan chaos bagi aku. Last minute decide nak balik ke tak. Semalam pukul 1 baru decide nak balik. Packing barang, kemas bilik & solat sume dan pukul 1.45 terus bergerak ke ktm station. Pukul 2.30 sampai tbs and ya alhamdulillah 2.45 dapat tiket balik jb. Syukur urusan dipermudahkan.

Reason nak balik? Sebab kak yong nak lawat kawasan. Tak tak. Sebenarnya sebab roommate balik jadi taknak tinggal sensorang dalam bilik dan takut duk sensorang. Ya, boleh label fiza penakut pahni.

Oh ya, tiket bas tak beli lagi. Sekarang aku tak tahu nak balik ukm hari ahad atau isnin. Isnin takde kelas tapi takut rushing sangat. Kalau ahad pulak malas nak mengadap larkin & tbs yang sesak banget tu. Balik naik flight pula kena amek klia transit ke tbs. Tambang mahal RM38.40. Cukuplah sekali tu aku naik sebab takde orang nak amek dari klia2.

Moga esok aku dah ada decision nak balik bila. Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Thursday, 10 March 2016

Lesu

Assalamualaikum dan hai semua!

Okay aku tahu pukul 3 pagi sekarang ni. Ya, ni fiza yang taip bukan orang lain.

Lesu. Ya, harini aku rasa lesu. Dari kelas pagi tadi. Rasa tak sedap badan. Tekat perit. Sakit. Pedih. Terbatuk-batuk dari tadi. Dah minum air banyak sangat sebotol satu point lima liter tu. Tapi masih rasa sakit.

Taktaulah aku salah beli air mineral ke pe. Tapi entahlah. Aku minum je. Takkan sebab air mineral ni aku jadi camni sebab cap botol ni warna putih. Ni bukan mineral. Ni drinking water. Entah. Minum je. Selagi tak mati takpe. Bak kata sir, "belum pernah jadi bila kita salah tekan pc meletup!". K takde kaitan.

Rasa nak balik je minggu ni tapi ada kekangan. Aral melintang. Mengufuk. Mencancang. Menghorizontal. Mengvertical.

Okay rasa lapar sekarang ni. Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Sunday, 6 March 2016

Budak hingusan

Assalamualaikum dan... *tengok jam* selamat pagi! Hang tengok jelah selamat pagi aku ni sampai ke tengahari tulis blog. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, aku akan ceritakan mengenai zaman persekolahan aku sebelum menjejakkan kaki ke UKM. Kena dengan tajuk budak hingusan (kot).

Bermula dengan Pasti Al-Amin semasa berumur 5 tahun dan seterusnya umur 6 tahun ke Tadika As-Siddiq di Bandar Seri Alam. Tahun 1 ku bermula di SK Bandar Seri Alam (1) dan masih setia hingga ke Tahun 6.

Memulakan zaman sekolah menengah di SMK Dato' Penggawa Timur selama sebulan dan selepas itu chiao ke MRSM Batu Pahat. Bermulalah detik-terpisah-berpisah-memisah dengan keluarga huhu *cari tisu*. Sebenarnya, hidup kat asrama ni banyak mengajar aku. Daripada seorang yang manja, boleh bertukar kepada seorang yang berdikari (sikit). Mana taknya, iron tudung pastu tudung berlubang kat tengah bahagian kepala tu. Ko ghase??? Dah la baru masuk pastu nak guna tudung putih tu pastu berlubang ya allah dugaan. Teresak-esak aku call ibu huhu.

Tak cukup dengan tu, pernah satu hari ni aku nak basuh baju. Taktaulah mimpi apa haritu aku guna softener untuk basuh baju. Selalu guna sabun basuh tapi haritu aku guna softener. Aku ingatkan softener tu macam sabun basuh jugak tapi rupanya I was wrong! Patutlah orang sebelah aku offer sabun basuh kat aku..... tapi aku tolak hm *menangis di bawah pokok belimbing*. Rasa hebat sangat ketika itu sebab basuh baju guna softener yang wangi sewangi perfume dkny apple.

Lagi hm kena denda sebab bising dalam kelas. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Satu kelas kena berkumpul kat Dataran Rahmat baca surah al-ikhlas 100 kali sambil dipantau oleh warden yang bertugas. Oh ya, nama dataran tu Dataran Rahmat sebab siapa yang langgar peraturan akan didenda baca al quran kat tengah-tengah dataran.

Kalau bab guna public phone aku nombor satu. Mana taknya, satu kad hello yang bernilai RM10 tu (kad hello tu macam kad touch n go, bila nak guna cucuk je masuk dalam public phone), aku habiskan dalam masa sehari untuk call parents. Wajib call lepas solat! Maksudnya aku call 5 kali sehari. Lepas solat kat surau atas, terus turun dewan selera sebab nak call parents. Oh ya, surau dan dewan selera kat situ atas bawah je. Duit aku banyak habis kat kad hello itu sahaja. Tiap-tiap minggu parents datang melawat ulang alik JB-Batu Pahat, tak pernah miss sehinggalah penghujung bulan April, aku decide untuk keluar dari situ sebab tak tahan huhu.

Then aku berpindah ke sekolah harian biasa, SMK Bandar Seri Alam sehingga tingkatan 5. Dekat dengan rumah (yeay!). Seronok sangat sebab semuanya depan mata. Rindu mrsm? Tipulah kalau aku kata tak rindu, opkos rindu! Hehehe.

Habis spm, aku meneruskan langkah ke Kolej Matrikulasi Melaka yang terletak di Londang atau lebih dikenali sebagai London aherher. Memegang jawatan sebagai ketua blok kolej kediaman. Memang susah sebab kena kecam huhu.

Jap!

Aku rasa aku dah cerita panjang sangat. Kan aku dah cakap, mesti tengahari baru siap tulis satu post ni hahaha. Sampe ketemu lagi! Adios amigos!

Friday, 4 March 2016

Aku

Aku.

Tak semua orang faham aku.

Tak semua orang faham diri kita.

Hanya diri kita yang faham kita, tahu apa yang kita mahu, dan faham apa yang kita rasa.

Baiklah, assalamualaikum dan selamat malam semua! *tengok jam di dinding* jarum pendek menghampiri angka dua. Ahh takpe! Sempat lagi untuk aku menyentuh papan kekunci yang tidak berdosa ini.

So, izinkan hamba untuk membuka topik pada malam ini iaitu "Aku".

Aku ialah seorang fiza (takkan dua orang kot dah nama pun aku... haa ni siapa yang dok tahu ni confirm tak belajar kata ganti nama diri pertama uhukz). Bukan sekeping pizza (walaupun bunyinya agak menarik dan sedap di kala malam bulan mengambang angin sayup-sayup kedengaran sambil menikmati keheningan malam yang sunyi lelz).

Aku suka iklan. Ala ni mesti bunyi macam pelik kan sebab tetibe masuk cakap suka iklan. Omg girl ni turun dari mana, bulan ke matohari mashaallah..... jenis iklan yang aku suka ialah, time bercakap dengan orang pastu tetibe masuk cerita lain. Macam yg aku sedang lakukan sekarang ni. Ha tu definisi iklan pada aku kikiki.

Okies back to the topic, "Aku". Aku menetap di Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Tempat ni digelar bandar ilmu kerana mempunyai pelbagai ipt dan sekolah. Masa yang diambil untuk sampai ke rumah aku kira-kira 5 jam kalau naik kenderaan darat, tapi kalau naik "belon", tak sampai satu jam dah sampai.

Alhamdulillah masih mempunyai keluarga yg bahagia. Seorang ayah, ibu, kakak dan dua orang adik lelaki. Sebenarnya aku ada tiga orang adik beradik. Adik lelaki cuma seorang sahaja. Yang lagi sorang tu adik angkat. Parents aku jadikan dia sebagai anak angkat. So dalam family kami semuanya berpasangan! Dua lelaki, dua perempuan. Hehehe.

Nak cerita zaman persekolahan? Hm bukan masanya. Mungkin next post? Mungkinlah. Jika jari jemari ini masih gagah untuk menaip setiap butir cerita yang ingin disampaikan (acececeh kunun kunun puitis).

Dah masuk jam 2 pagi. Sudah tiba masanya untuk aku merasai nikmat-tilam-ibu-zain-yang-lembut. Sampe ketemu lagi! Adios amigos!