Friday, 13 May 2016

Putus

Putus cinta.

Sungguh sukar untuk dihadapi, dilalui, diredahi. Kerana hati yang tersakiti sangat sukar untuk diubati.

Aku tersedar dari tidurku. Mimpi apakah itu? Astaghfirullah. Telefon bimbit di atas meja lampu ku renung lama. Perlahan-lahan aku ambil dan cek. Ada satu mesej masuk. Ya Allah, kenapa aku tak sedar bunyi mesej masuk! Aku kutuk diriku atas kecuaian sendiri. Mesej dibuka. Satu persatu ayat ku baca. Aku ulang. Aku ulang lagi. Dan aku ulang untuk memahami setiap bait kata yang tertulis.

Air mataku menitis tanpa sedar. Adakah aku akan hilang seseorang? Seseorang yang aku cinta, yang aku kasih, yang aku sayang. Sudah setahun kita bersama. Kenapa kau buat begini? Kenapa kau tinggalkan aku seorang diri? Kenapa kau pilih masa ini? Apa salahku? Semua persoalan aku hamburkan dalam mindaku.

Aku tersedar dari lamunanku. Ya Allah. Sesuatu yang pahit terlintas di fikiranku. Kenangan lama. Sudah hampir tiga tahun ia berlalu. Aku takut. Takut untuk mencuba. Takut untuk menerima. Takut untuk bercinta. Kerana itulah aku begini. Tidak mahu didekati. Adakah ini masanya? Patutkah aku terima dia?

'Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian yang kau berikan.'

Itu sahaja yang aku mampu lakukan buat masa ini.

No comments:

Post a Comment