Sunday, 5 June 2016

Noktah

Hidup ini tiada noktah. Hanya ada wakaf, tempat untuk kita berhenti seketika dan teruskan perjalanan kita. Untuk berjalan, kita perlukan bekalan. Apakah bekalannya? Kekuatan, ketabahan dan kesabaran. Ya, tiga perkara itu penting untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Tetapi apa yang aku alami kali ini sememangnya noktah. Bukan koma. Bukan tanda seru. Hahahaha kelakaunya. Setelah beberapa lama bersama, kami terpaksa berpisah. Berpisah kerana hal yang memaksa kami untuk berpisah. Aduh. Kali ini memang sukar banget. Rindu itu jangan kau cakap. Memang sukar untuk diungkap. Acah acah macam hilang boyfriend aherher. Poyo sangat. Takpe poyo kit je tak nyak pun. Kikikiki.

Selamat malam guys. Adios amigos!

Sukar

Hari ini ialah hari yang sukar buat aku. Bukan kerana aku kehilangan orang yang tersayang, tetapi insan yang sangat aku sayangi telah ditahan di wad Hospital Pantai Batu Pahat kerana menghidapi kanser rahim tahap 4.

Tika aku suapkan makanan ke mulutnya, dia kerap kali meminta maaf kerana merasa bersalah. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Lidahku kelu. Aku terus menyuapkan makanan ke mulutnya sehingga disuruh berhenti. Mulutnya tidak berhenti berzikir.

Aku tahu dia seorang insan yang kuat. Baru kehilangan suami beberapa bulan yang lalu. Tidak punya anak. Hidup seorang diri di rumah. Kadangkala aku terfikir, hidup ini tidak adil. Ya, tidak adil. Kerana orang seperti dia diuji dengan ujian yang begitu hebat. Allahu. Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa, tetapi hanyalah tanggapan daripada seorang hamba yang hina.