Orang kata jadi budak ni best sebab tak fikir apa-apa masalah.
Orang kata jadi budak tadika ni best sebab boleh jumpa ramai kawan.
Orang kata jadi budak sekolah rendah ni best sebab boleh beli beg roda.
Orang kata jadi budak sekolah menengah ni best sebab boleh jumpa cikgu handsome.
Orang kata jadi budak universiti ni best sebab boleh menikmati kebebasan yang terhidang.
Orang kata kahwin ni best sebab boleh tengok pasangan kita hari-hari.
Orang kata jadi orang tua ni best sebab boleh duduk rumah tak perlu fikir kerja.
Kesimpulannya, kau mesti takkan pernah puas dengan apa yang kau mahukan. Benda ni takkan pernah habis. Sampai kau mati. Percayalah.
