Hari ini ialah hari yang sukar buat aku. Bukan kerana aku kehilangan orang yang tersayang, tetapi insan yang sangat aku sayangi telah ditahan di wad Hospital Pantai Batu Pahat kerana menghidapi kanser rahim tahap 4.
Tika aku suapkan makanan ke mulutnya, dia kerap kali meminta maaf kerana merasa bersalah. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Lidahku kelu. Aku terus menyuapkan makanan ke mulutnya sehingga disuruh berhenti. Mulutnya tidak berhenti berzikir.
Aku tahu dia seorang insan yang kuat. Baru kehilangan suami beberapa bulan yang lalu. Tidak punya anak. Hidup seorang diri di rumah. Kadangkala aku terfikir, hidup ini tidak adil. Ya, tidak adil. Kerana orang seperti dia diuji dengan ujian yang begitu hebat. Allahu. Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa, tetapi hanyalah tanggapan daripada seorang hamba yang hina.
No comments:
Post a Comment